Portal

ePerkahwinan JHEAINS

Sistem ePerkahwinan ini dibangunkan khas untuk Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi dalam memudahkan dan mendigitalkan pengurusan berkaitan perkahwinan, perceraian dan ruju' orang Islam termasuk:

  • Sistem Permohonan Kebenaran untuk Berkahwin (eKahwin) bagi pasangan yang ingin berkahwin untuk mendapat kebenaran.
  • Sistem Pengurusan Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' (PPR).
  • Sistem Pengesahan Perkahwinan bagi semakan maklumat Nikah, Cerai, dan Ruju'.
  • Sistem Permohonan Sijil Digital.
  • Kursus Pra Perkahwinan Islam bagi individu yang akan berkahwin. (Akan Datang)
  • Sistem Rundingcara Keluarga (Akan Datang)

Sistem ini dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran Syariah (BPS), JHEAINS.

Panduan

Sistem Permohonan Kebenaran untuk Berkahwin (eKahwin)

Setiap pasangan yang bakal berkahwin perlu mendaftar permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Aliran proses untuk membuat permohonan telah disediakan dalam infografik di bawah.

1. Daftar akaun pengguna di Daftar
2. Log masuk ke akaun anda di Log Masuk
3. Kemaskini profil sebelum membuat permohonan di Kemaskini
4. Isi maklumat pasangan dengan tepat dan benar.
5. Anda dan pasangan perlu isi maklumat masing-masing.
6. Semak dan hantar permohonan.

Perkhidmatan

Tersedia

Sistem Permohonan Kebenaran untuk Berkahwin (eKahwin)

Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapatkan kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju' orang Islam negeri Sabah, JHEAINS melalui Sistem Permohonan Kebenaran untuk Berkahwin (eKahwin).

Tujuan utama proses ini adalah untuk:

  • Memastikan pasangan telah disaring dan berada dalam keadaan yang layak/ boleh untuk berkahwin mengikut Hukum Syarak
  • Mendigitalkan rekod perkahwinan agar lebih teratur dan mudah diakses.
  • Memudahkan urusan berkaitan Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR) melalui sistem bersepadu.

Permohonan kebenaran ini merupakan langkah penting sebelum sesuatu akad nikah dapat dijalankan secara sah mengikut Hukum Syarak dan mematuhi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Negeri Sabah.

Statistik eKahwin Tahun 2026

Jumlah Pengguna Berdaftar

:
20109

Jumlah Permohonan Dihantar

:
5144

Jumlah Permohonan Diluluskan

:
4976

Kursus Pra-Perkahwinan Islam

Kursus Pra Perkahwinan Islam perlu diikuti oleh semua individu yang akan berkahwin. Tujuan kursus ini adalah untuk menyiapkan bakal-bakal suami dan isteri untuk melangkah ke alam berkeluarga dengan ilmu-ilmu yang wajib ada seperti Tasawwur Islam, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Stress dan Konflik dan sebagainya.

Kursus ini akan dijalankan secara berkala oleh pihak JHEAINS di daerah masing-masing. Sila semak modul Pra-Perkahwinan Islam untuk mendaftar dan maklumat lanjut.

Sistem Pengesahan Perkahwinan

Masih dalam proses kemaskini.

Statistik Pengesahan Perkahwinan Tahun 2026

Jumlah Agensi Berdaftar

:
188

Sistem Permohonan Sijil Digital

Masih dalam proses kemaskini.

Statistik Sijil Digital Tahun 2026

Jumlah Sijil Dihasilkan

:
5688